Latar Belakang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Melansai terletak di tepi jalan antara Serian dan
Sri Aman. Kedudukannya kira-kira 7 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah
Serian (PPD Serian) dan kira-kira 8 km dari pekan Serian. Sekolah ini
ditubuhkan pada tahun 1982 dengan
keluasan tanah lebih kurang 2 hekta persegi.
Terdapat 4 buah
kampung yang menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah di sini iaitu Kampung
Rasau, Kampung Triboh, Kampung Belimbing A dan Kampung B. Para pelajar terdiri
daripada Kaum Bidayuh (35%) yang berasal dari Kampung Rasau, Kaum Iban (35%)
dari Kampung Triboh dan (30%) lagi dari Kampung Belimbing.Sebelum sekolah ini
didirikan di tapak sekarang, terdapat beberapa lokasi yang telah digunakan
iaitu di lokasi pertama, ia dibina pada tahun 1954 yang terletak di batu 6,
jalan Serian-Sri Aman. Sekolah ini diberi nama SRK Batu 6 di bawah pengurusan
Encik Ni-an sebagai Guru Besar dan dibantu oleh Encik Chai Nam Su.
Lokasi keduanya pula
terletak di Batu 5, jalan Serian-Sri Aman. iaitu Depo Tahanan Pendatang Tanpa
Izin, Semuja. Ia diberi nama SRK Sungai Melansai bersempena dengan sebatang
sungai kecil iaitu Sungai Melansai. Guru besarnya ialah Encik Joseph Ayuh dan
dibantu oleh Encik Disuk. Pada tahun 1964, SRK Sungai Melansai dipindahkan ke
Kampung Triboh iaitu lokasi ketiganya. Keadaan ini disebabkan lokasi tersebut
telah dipilih untuk membina kem polis hutan yang dipanggil Semuja Kem. Robert
Goh merupakan guru besarnya yang pertama dan diganti oleh Encik Pillai, diikuti
oleh Encik Charam dan seterusnya Encik Waran Sija. Lokasi tersebut masih belum
kekal kerana terletak di tengah-tengah Kampung Triboh dan dianggap kurang
sesuai maka terpaksa dipindahkan ke tapak sekarang ini yang merupakan lokasi
yang keempat. Dari segi taraf ekonomi, penduduk dari ketiga-tiga buah kampung
tersebut, 50% adalah dari keluarga petani, 30% adalah buruh binaan dan pekerja
ladang, 10% bekerja sendiri dan selebihnya 10% adalah anak kakitangan kerajaan.
No comments:
Post a Comment